21 April 2012 (Sabtu)
Tengah mencari bahan untuk menyiapkan kertas cadangan Terapi Muzik dan Nyanyian 2012...
Dah nak siap dah ni...
Sini diselitkan serba sedikit maklumat yang diperoleh untuk menghasilkan kertas cadangan ni...
TERAPI MUZIK
Menurut
Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan
mental dan fizikal.
· Objektif terapi
- Pengurusan tingkah laku
- Tingkatkan penglahiran perasaan
- Tingkatkan harga diri
- Tingkatkan keupayaan akademik
- Kembangkan emosi
- Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonal
- Latih pertuturan
Jenis peralatan muzik
a) Peralatan muzik tradisional Melayu
- Di palu (rebana, beduk, kompang)
- Di petik (rebab, gambus, kecapi)
- Di tiup (serunai, seruling, tetuang)
- Di goncang (angklung)
b) Perlatan muzik Barat
- Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet)
- Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet)
- Bertali (piano, biola, mandolin)
Langkah-langkah bermain alat muzik
Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.
a) memperkenalkan peralatan muzik
b) guru membuat demonstrasi
c) aktiviti warming up yang sesuai
d) teknik bermain yang betul
e) postur badan yang betul
f) membunyikan pola ritma
g) memainkan corak ritma
h) bermain mengikut giliran
i) membuat pergerakan yang sesuai
h) bermain secara keseluruhan
Pemilihan muzik sebagai satu rawatan
a) muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan
b) muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea.
c) muzik meruakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.
Kebaikan terapi muzik
a) murid terencat akal
- dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi
- dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
- dapat meningkatkan kemahiran psikomotor
b) murid bermasalah komunikasi
- meningkatkan kelancaran pertuturan
- membetulkan masalah suara
- meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi
c) murid autistik
- meningkatkan pertuturan dan bahasa
- meningkatkan kemahiran sensorimotor
- menggalakkan interaksi sosial
Aktiviti terapi muzik
- Membuat pergerakan mengikut lagu
- Menulis lirik lagu
- Bermain berlatar belakangkan muzik
- Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik
- Latihan praktikal guna alat muzik
No comments:
Post a Comment